Selawat Munjiyah (Zikir Penyelamat Dari Segala Musibah) Serta Fadhilatnya 
Selawat Munjiyah (Zikir Penyelamat Dari Segala Musibah) Serta Fadhilatnya | Selawat Munjiyah dijadikan satu amalan berzikir seharian untuk menyelamatkan dari segala perkara yang kita tidak kehendaki berlaku dan InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana.

Fadhilatnya:-
1. Selawat ini diamalkan selepas selesai solat fardhu dan boleh dijadikan wirid harian. Insya Allah akan dijauhkan segala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada waktu-waktu genting.
2. Jika dibaca 500 kali setiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak.
3. Jika dibaca 1000 kali setiap hari, akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit taun.
4. Bagi orang yang mempunyai hajat yang sangat penting dan ingin segera dikabulkan oleh Allah, maka selawat ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.
5. Sesiapa membaca selawat ini 300 kali semasa belayar ke laut, akan terselamat dari karam atau tenggelam.

Nota: Selawat ini lebih baik dibaca sebelum memulakan doa-doa harian
<a href="//www.youtube.com/watch?v=0N5Q-SgT3mk" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">selawat munjiah</a>

0 ulasan:

Catat Ulasan